Mengenali JawatankuasaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui warkah bilangan HHPO27/1972/1/XXIV bertarikh 19 Januari 2019 telah memperkenankan bagi Perlantikan Konsultan bagi Projek-Projek Kerajaan dipusatkan semula di Kementerian Pembangunan.
Di antara tanggungjawab utama JKMKKP ialah untuk meneliti dan mempertimbangkan sokongan perlantikan konsultan bagi projek-projek kerajaan. Manakala objektif utama JKMKKP adalah mendokong dasar Kementerian Pembangunan dalam memajukan Industri Pembinaan seterusnya memberikan peluang dan sokongan kepada penglibatan Konsultan-konsultan tempatan bagi sama-sama memajukan industri pembinaan.
Sebarang permohonan sokongan lantikan konsultan yang dihadapkan oleh pihak Kementerian dan Jabatan akan dibincangkan melalui mesyuarat oleh ahli-ahli tetap Jawatankuasa Melantik Konsultan Kementerian Pembangunan (JKMKKP) untuk mendapatkan kebenaran.
|